Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (87444-X) atau lebih dikenali dengan nama SAFMA telah ditubuhkan pada 05 Februari 1982 iaitu hasil penilaian Bersama ke atas Industri Perikanan di negeri Sabah oleh Asian Development Bank (ADB) dan Kerajaan Negeri Sabah.
Pemegang saham SAFMA dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah Kementerian Kewangan yang menyalurkan pegangan ekuitinya melalui Chief Minister, State of Sabah. Walau bagaimanapun, portfolio pengawasan SAFMA masih kekal di bawah Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFS).