Skip to main content

Latar Belakang

Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (80744-X) atau lebih dikenali dengan nama SAFMA telah ditubuhkan pada 05 Februari 1982 iaitu hasil penilaian bersama ke atas Industri Perikanan di negeri Sabah oleh Asian Development Bank (ADB) dan Kerajaan Negeri Sabah.

Pemegang saham SAFMA dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah Kementerian Kewangan yang menyalurkan pegangan ekuiti utamanya melalui Chief Minister, State of Sabah. Walau bagaimanapun, portfolio pengawasan SAFMA masih kekal di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).

Objektif/Peranan Dan Fungsi

  • Menyediakan infrastruktur perikanan bersepadu untuk kemudahan para nelayan.
  • Membangun dan mengembangkan industry perikanan komersial yang bersepadu merangkumi penangkapan, pemprosesan dan pemasaran.
  • Berusaha meningkatkan taraf hidup sosio-ekonomi masyarakat nelayan dengan memberi khidmat sokongan dari segi pemasaran hasil-hasil perikanan

Aktiviti Perniagaan Utama

  • Jeti Pendaratan dan Dewan Borong.
  • Bekalan Diesel dan Air Untuk Kapal-Kapal Nelayan.
  • Jualan Ais Untuk Nelayan dan Pengguna Sekitar Kompleks.
  • Ruang Memproses dan Bilik-Bilik Sejuk Beku.
  • Pasar Malam / Parkir (Todak).
  • SAFMA Seafood Minimart.